Pages

Penubuhan


Penubuhannya KRT Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA, Johor Bahru telah digerakkan oleh Jawatankuasa Penaja yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Othman b Saiman.

 



Allahyarham Hj Othman b Saiman

KRT Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA telah diluluskan penubuhannya pada 8hb March 2006 meliputi Jalan Padi Ria, Jalan Padi Ria 1–19, Jalan Padi Mashuri & Jalan Padi Huma, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.






Dengan kelulusan penubuhan tersebut, Jawatankuasa Penaja dilantik sebagai Jawatankuasa KRT bagi tempoh 2006-2008 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Othman b Saiman. Beliau telah pulang ke rahmatullah pada 15 Disember, 2006.
 
Sejak daripada tarikh tersebut, Pengerusi KRT dipangku oleh Timbalan Pengerusi KRT, Tuan Hj Abdullah b Hj Md Saaban sehingga tamat tempoh pada 7 Mac 2008.



Perlantikan Jawatankuasa
KRT bagi tempoh 2008-2010 telah dibuat pada 12 March 2008, dengan mengekalkan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa lama dan melantik beberapa Ahli Jawatankuasa baru, dengan mengesahkan jawatan Tuan Hj Abdullah b Hj Md Saaban sebagai pengerusi.
  
Mesyuarat bagi Perlantikan Jawatankuasa KRT bagi tempoh 2011-2012 telah diadakan pada 25 Jan 2011, dengan mengekalkan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa lama dan melantik beberapa Ahli Jawatankuasa baru, dengan mengekalkan jawatan Tuan Hj Abdullah b Hj Md Saaban sebagai pengerusi.


Pusat Kegiatan KRT

Pusat Kegiatan KRT Jalan Padi Ria  terletak di Tapak Padang Permainan di Jalan Padi Ria 1, Bandar Baru UDA. Tempat tersebut dipilih kerana kedudukannya yang strategik ditengah-tengah kawasan KRT Jalan Padi Ria dengan kemudahan jalan, tempat letak kereta serta kawasan lapang yang luas.


KRT Jalan Padi Ria telah mendapat peruntukan daripada pejabat Menteri Besar Johor bagi pembelian kabin yang diletakkan di tempat tersebut bagi urusan pengurusan KRT.


Kabin Asal Daripada Peruntukan Pejabat Menteri Besar Johor

Tambahan Kepada Kabin Asal


KRT Jalan Padi Ria juga telah memperolehi peruntukan dari pelbagai sumber bagi pemasangan bumbung tambahan, pemasang jubin lantai dan pembelian kabin tambahan.

Pada tahun 2009, KRT Jalan Padi Ria mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan MBJB untuk membina bangunan kekal Pusat KRT Jalan Padi Ria di sebahagian tapak pusat KRT  sediaada dengan keluasan tanah 70 kaki X 70 kaki.

Pada tahun yang sama juga, KRT Jalan Padi Ria telah dikurniakan peruntukan berjumlah RM150,000.00 daripada Jabatan Perpaduan bagi membina bangunan kekal pusat KRT di tempat yang sama. Daripada jumlah tersebut, RM140,000.00 adalah untuk pembinaan bangunan dan baki RM10,000.00 adalah untuk pembelian perabut dan sebagainya.

Kerja-kerja pembinaan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru. Pembinaan telah dimulakan pada pertengahan bulan Ogos 2010 dan telah disiapkan dan seterusnya diserahkan kepada KRT Jalan Padi Ria pada 19 Januari 2011.





 


No comments: